Tahniah kepada Felo Penyelidik IBD, Dr Mariani Abdul Hamid yang telah berjaya dianugerahkan dana Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) untuk menerajui syarikat hiliran (spin-off) UTM dengan pengkomersilan bio-produk kosmetik berjenama Dermags.
SUPERB menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up.
