INSTITUTE OF BIOPRODUCT DEVELOPMENT , UTM
Pontian 14, Disember 2017 – Bertempat di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, Johor telah berlangsungnya Fiesta Sambutan 60 Tahun Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi meraikan inisiatif dan program yang telah dilaksanakan sejak ditubuhkan. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 2,000 pemilik dan pengusaha yang meceburi bidang pertanian nanas. Menurut Datuk Samsol Bari Jamali, Pengerusi LPNM, nanas telah menjadi salah satu sumber pendapatan kepada negara dengan nilai ekspot dengan jangkaan peningkatan dari RM155 juta setahun ke RM320 juta menjelang tahun 2020 dengan fokus pasaran ekspot ke negara Cina. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang hadir bagi menyempurnakan majlis, bagi mecapai matlamat tersebut “Impak lima inisiatif baharu yang digabungkan dengan tiga inisiatif sedia ada akan mendorong pertumbuhan pasaran nanas sebanyak 45 peratus dengan anggaran nilai eksport sebanyak RM200 juta tahun depan,” katanya.
Permintaan yang semangkin meningkat terhadap tanaman nanas telah menarik minat usahawan untuk membangunkan pelabagai produk hiliran dan perkhidmatan untuk merancakkan pasaran nanas samada didalam dan diluar negara. Bagi memastikan produk yang dibangunkan dapat berdaya saing di pasaran dengan kualiti yang optimum, IBD UTM telah memainkan peranan sebagai pakar rujuk oleh pihak LPNM serta usahawan tempahan di sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dr Rosnani Hasham (Ketua Projek) IBD UTM & Puan Hjh Rohaiza Mohamed (Pengarah Urusan) Glario Bioenergy Sdn Bhd
Glario Bioenergy Sdn Bhd adalah antara syarikat yang telah mendapatkan perkhidmatan pembangunan produk oleh daripada IBD dan hasil kerjasama ini telah berjaya mengeluarkan tiga produk penjagaan diri yang terdiri daripada syampu rambut, gel mandian dan minuman botanikal berasaskan enzim nanas berjenama REMBULAN BROMELAIN. Produk REMBULAN BROMELAIN telah dilancarkan dengan penyerahan dokumen kerjasama diantara kedua-dua pihak dan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bromelain Enriched Pineapple Drink
Dalam memastikan inovasi dan teknologi baharu yang dibangunkan dapat dipindahkan kepada masyarakat, LPIM juga telah menganjurkan Seminar Teknologi Dan Inovasi Nanas yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Hj Tajuddin Bin Abdul Rahman di Hotel Pontian. Tiga Felo Peyelidik IBD telah dijemput bagi menyampaikan kertas kerja berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan berasaskan nanas bertajuk “Penghasilan Baja Bio-Organik (Pine Organic) daripada sisa tanaman nanas” oleh Dr Aidee Kamal Khamis; “Pembangunan produk kosmetik dan penjagaan diri daripada ekstrak nanas” oleh Dr Rosnani Hasham dan “Pembangunan sirap anti-inflamasi untuk mengurangkan batuk daripada ekstrak nanas” oleh Dr Harisun Yaakob.
UTM Open Day