UCTC Projek Penjanaan sisa kanji

Pada 1 Julai 2015, Prof. Dr. Ida Idayu telah mendapat amanat untuk menjalankan projek komuniti daripada dana UCTC yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada komuniti dibawah 4 impak utama NBOS.

4 impak utama NBOS ialah :
i) Kos rendah
ii) Kelestarian
iii) Pelaksanaan pesat
iv) Impak kepada komuniti dan masyarakat

Justeru, projek yang telah diaturkan ialah projek “Penjanaan sosio ekonomi dan pembangunan teknologi melalui perusahaan sisa kanji” selama 10 bulan dengan kerjasama syarikat Azhar Food Manufacturing dan E-Element Technologies.

Projek ini bertujuan bagi melestarikan penggunaan sisa basuhan ubi yang banyak dan telah menghasilkan kanji. Kanji yang tidak digunakan telah menyebabkan pelbagai permasalahan kepada industri makanan terutamanya daripada aspek kebersihan, bau serta pengelolaan mesin yang sering menghadapi masalah dengan kandungan kanji yang banyak terbuang. Kanji yang terbiar akan membusuk bersama air basuhan dan terus dibuang ke dalam longkang.

Dengan langkah baharu iaitu penggunaan semula sisa kanji daripada air basuhan ubi mampu mengurangkan permasalahan kilang malah mampu menjana pendapatan terutamanya industri luar bandar. Sisa kanji yang dipisahkan, dikeringkan serta dibersihkan menggunakan teknologi canggih serba baru dengan kos rendah mampu digunakan sebagai baja, makanan haiwan atau kanji komersial.

Justeru, dengan pelaksanaan projek selama 10 bulan ini dan dijangka berakhir pada 31 April 2016 mampu memberikan impak kepada masyarakat dan komuniti. Hasil gabungan idea kritis daripada penyelidik UTM serta digabungkan dengan syarikat pembuat mesin kejuruteraan yang dikendalikan oleh bekas mahasiswa UTM mampu membawa teknologi canggih kos rendah bagi kegunaan komuniti ini.

Diharap dengan info serba guna ini mampu membuka mata pelbagai pihak bagi melestarikan semua bahan proses disekeliling kita bagi mengurangkan permasalahan serta menjana pendapatan baharu.

Sebarang informasi berkenaan projek boleh merujuk pemohon dana :

Centre for Community and Industry Network (CCIN)
Office of Deputy Vice Chancellor Development
Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru
Tel  :  +607-55 37556 / 37819 / 38034 / 37884 / 38002
Fax : +607-55 37630

ATAU

Ketua Projek
Prof. Dr. Ida Idayu Muhamad
Faculty of Chemical and Energy Engineering,
Universiti Teknologi Malaysia,
Tel : 07-553 5577
email : idayu@cheme.utm.my