Pada Rabu lepas (9/3/2022), ahli FoBERG telah megadakan majlis perpisahan buat Dr Dayang yang akan berpindah ke Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Kuala Lumpur. Majlis diadakan di SDS, Taman Universiti Skudai dan dihadiri oleh semua ahli FoBERG.

Semua ahli FoBERG amat terkesan dengan perpindahan Dr Dayang kerana banyak jasa dan bakti yang telah beliau curahkan sepanjang menjadi ahli FoBERG.

Kami dari FoBERG mendoakan semoga Dr Dayang akan terus cemerlang pada masa hadapan dan sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.

 

 

Penyerahan cenderamata oleh Dr Zanariah (ketua FoBERG) kepada Dr Dayang

 

 

Penyerahan cenderamata oleh Prof. Ida (mantan ketua FoBERG) kepada Dr Dayang

 

 

 

Ahli FoBERG yang hadir sewaktu majlis perpisahan