Pada 15 Ogos 2022, satu lawatan ke  ladang ternak ayam Ayer Baloi telah diadakan oleh ahli FoBERG. Lawatan tersebut diadakan untuk satu projek penyelidikan yang akan diusahakan oleh ahli FoBERG bertajuk ‘Gallus Agro culture Technology Entrepreneurship’ (GATE). Melalui lawatan ini, pihak Beaksy Enterprise telah pun berkongsi ilmu penternakan ayam dan aktiviti penternakan yang dilakukan oleh mereka kepada ahli FoBERG. Semoga dengan ilmu yang dicurahkan dapat menjayakan projek penyelidikan GATE ini.

 

Dr. Zanariah dan Dr. Yanti bersama wakil Beaksy Enterprise

Ladang ayam milik Beaksy Enterprise

Ahli FoBERG, wakil Beaksy Enterprise dan Tuan Haji Yusof