Kursus ini adalah salah satu program di bawah projek UTM KTP-RIG yang diketuai oleh Prof. Dr. Ida Idayu Muhamad. Ia melibatkan 4 modul iaitu Penggunaan probiotik sebagai aditif makanan untuk penternakan, Bioteknologi untuk pembangunan produk berasaskan tenusu, Asas pensijilan MESTI, GMP dan Halal serta ICT sebagai platform untuk pemasaran produk. Bengkel secara atas talian telah dijalankan selama 3 hari yang mana hasilnya dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk meningkatkan produktiviti dan hasil jualan mereka. Seramai 28 peserta yang terdiri daripada penternak dan pengusaha makanan telah mengikuti kursus ini. Melalui program seperti ini, diharapkan hasil kajian universiti dapat diketengahkan untuk menaiktaraf industri-industri tempatan.
Program ini adalah anjuran bersama FoBERG dengan Koperasi Pekebun Kecil Wilayah johor Selatan (KOPRIS).