Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5333720 | Management Office : +607-5333716 fcee@utm.my
Select Page

Y.Bhg.Dato’/Prof./Dr./Saudara,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) Peringkat Fakulti akan mula dilaksanakan oleh semua fakulti mulai 1 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014.

Objektif pertandingan 3MT ini adalah seperti berikut:

a) Memupuk dan menggilap kemahiran untuk membentangkan hasil penyelidikan yang dijalankan.

b) Menguji daya kefahaman dan kebolehan pelajar penyelidikan dalam menyampaikan kajian serta analisa PhD mereka.

c) Menggalakkan dan menyemarakkan aktiviti penyelidikan di kalangan pelajar penyelidikan UTM.

d) Mewujudkan perkongsian ilmu dan penemuan baru hasil penyelidikan.

e) Menaikkan semangat dan kualiti para pelajar penyelidikan di UTM dan seterusnya menggalakkan graduan dalam tempoh sepatutnya (GOT).

Untuk makluman Y.Bhg.Dato’/Prof./Dr./Saudara, pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut :

1. Pertandingan 3MT ini terbuka kepada semua pelajar PhD berstatus Aktif dan telah menghantar Notis Serah Tesis. Pelajar PhD yang berada dalam status mod peperiksaan layak menyertai pertandingan ini kecuali pelajar yang telah diperakukan graduan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah (JKTS).

2. Setiap peserta perlu memohon secara online dalam Sistem 3 Minute Thesis.

3. Setiap peserta perlu mendapat pengesahan penyelia/fakulti secara online dalam Sistem 3 Minute Thesis.

4. Peserta hanya dibenarkan menyediakan satu slide Powerpoint tanpa pertambahan animasi.

Pemenang akan menerima sijil penyertaaan dan hadiah seperti berikut :

Hadiah Pertama : RM300.00 dan sijil penyertaaan
Hadiah Kedua : RM200.00 sijil penyertaaan
Hadiah Ketiga : RM100.00 sijil penyertaaan

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh fakulti sebelum pertandingan tersebut dijalankan. Bersama-sama ini disertakan Jadual Kerja Pelaksanaan Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) Peringkat Fakulti untuk tindakan Y.Bhg.Dato’/Prof./Dr./Saudara selanjutnya. Kerjasama Y.Bhg.Dato’/Prof./Dr./Saudara amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Jadual Kerja Pertandingan 3MT Peringkat Fakulti

Slide 3 Minute Thesis

SABRENA BINTI OMAR
Penolong Pendaftar Kanan | Senior Assistant Registrar
Sekolah Pengajian Siswazah | School of Graduate Studies
Universiti Teknologi Malaysia | Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru | 81310 UTM Johor Bahru
Tel : +607-5537595 | Fax : +607-5537800