Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5333720 | Management Office : +607-5333716 fcee@utm.my
Select Page

photo6249239156291119018

26 Mac 2017 telah berlangsung Majlis Pelancaran OSH4U Peringkat Negeri Johor yang bertempat di Insititut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM Skudai. Program OSH4U iaitu program keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mahasiswa universiti ini adalah julung kali diadakan di UTM yang melibatkan kolaborasi di antara DOSH Johor dan UTM. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ir Hj Kormain Mohd Noor selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor. Turut dihadiri dalam majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Ghazali bin Mohd Nawawi selaku Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT) UTM, Yang Berusaha Prof. Madya Dr Jafariah binti Jaafar selaku Pengarah Unit OSHE UTM, Para pensyarah FKT UTM serta para mahasiswa UTM.

Program OSH4U ini adalah program baru inisiatif DOSH Johor yang berfokuskan kepada mahasiswa Universiti di mana ia sangat sesuai dan bertepatan dengan matlamat utama UTM untuk sentiasa mengambil bahagian secara aktif dalam pengembaraan idea baharu, eksperimen dengan kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif intelek untuk terus meneroka dan mengembangkan sempadan ilmu yang akan membawa ke arah kualiti hidup yang lebih baik.

UTM khususnya Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga sangat berbangga dengan kepercayaan DOSH Johor dalam penganjuran program yang julung kali diadakan di negeri Johor ini. Sehubungan itu, FKT UTM dengan kerjasama DOSH Johor telah mengadakan program khusus persediaan bakal pekerja dalam bidang OSH ini. Program ini merangkumi tanggungjawab majikan dan pekerja sebagaimana peruntukan undang-undang OSHA 1994 dan kaedah terbaik pencegahan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

photo6248962749375817651
photo6249239156291119019

photo6248962749375817656
photo6248962749375817647