UTM, JOHOR, 23 Sept 2017 – Seramai 1093 peserta yang menyertai program Red Ribbon Run yang dianjurkan oleh American Institute of Chemical Engineers UTM Student Chapter (AICHE) dengan kerjasama Malaysia For Youth (iM4U), Agensi Antidadah Malaysia (AADK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia UTM (Pemadam UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Larian Red Ribbon Run terbahagi kepada larian 8 km, 6 km dan 4 km fun run dianjurkan bersama universiti lain seperti UniKL dan UMP yang menggunakan nama program ‘Red Ribbon Run’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya dadah kepada masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi selain mampu mewujudkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/i UTM dengan UniKL dan UMP.
Program ini yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd. Ghazali bin Mohd Nawawi, Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga di Stadium Azman Hashim, UTM juga mampu menarik seramai 30 orang peserta dari UTHM dan UiTM untuk turut hadir untuk memeriahkan lagi Red Ribbon Run. Selain itu, Pemadam UTM turut bekerjasama menjayakan program ini dengan menyertai sukarelawan lain menjaga
Di samping itu, Hospital Mersing juga turut mengadakan kempen derma darah yang berjaya menarik seramai 100 penderma. Seterusnya, buskers yang terdiri dari mahasiswa UTM juga turut bersama untuk menaikkan semangat peserta Red Ribbon Run yang terdiri dari pelbagai kaum dan usia.