Program Inatex 2017 yang dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah berlangsung dengan jayanya pada 21 – 23 November 2017. 65 produk hasil ciptaan penyelidik UTM telah dipertandingkan. Sebanyak 8 produk memenangi pingat emas manakala 13 produk memenangi pingat perak dan 23 produk menerima pingat gangsa.
Dr. Norhaniza binti Yusof dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga telah dianugerahkan Special Award manakala Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman juga dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga merupakan pemenang hadiah utama iaitu Best of the Best Award.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
