Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5333720 | Management Office : +607-5333716 fcee@utm.my
Select Page
Assalamualaikum Wr. Wbt., dan Salam Sejahtera,

Y.Brs.Prof/Prof Madya/Dr/Saudara,

Sukacita dimaklumkan bahawa  Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia Bil. 114/2021 dalam mesyuaratnya pada 7 September 2021 telah meluluskan Kenaikan Pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)  kepada Prof. Ts. Dr. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman, Jabatan Kejuruteraan Tenaga berkuatkuasa pada 7 September 2021.

Seluruh warga Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat.  Semoga dengan kenaikan pangkat ini, Prof. Ts. Dr. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman akan  terus mengibarkan kehebatan dan kecemerlangan  demi SKT, Fakulti dan UTM khususnya serta  menjadi pendorong  semangat kepada staf akademik muda lain untuk terus mencapai  kecemerlangan akademik dan penyelidikan untuk Universiti Teknologi Malaysia.

Tahniah! diucapkan sekali lagi.