Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Profesor Ts. Dr. Zainura binti Zainon Noor atas kejayaan memperoleh Kajian Jangka Pendek Kementerian Ekonomi bagi projek : “Local Water Technology Capability Gap Study for Malaysia” dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM433,807.50 daripada Kementerian Ekonomi.
Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan, komitmen dan kepakaran beliau dalam memacu penyelidikan yang berimpak tinggi serta menyumbang kepada pembangunan teknologi air negara. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.
Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan semoga projek ini berjalan lancar serta mencapai segala objektif yang telah dirancang.