Dimaklumkan bahawa Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga telah menerima surat pelantikan sementara bagi menjalankan tugas jawatan pentadbir akademik yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022. Senarai pelantikan adalah seperti berikut:
1. Pengerusi, Prof. Dr. Mohd Ghazali bin Mohd Nawawi.
2. Naib Pengerusi (Penyelidikan & Staf Akademik), Prof. Dr. Mat Uzir bin Wahit.
3. Naib Pengerusi (Akademik & Pembangunan Pelajar), Prof. Madya Dr. Aznizam bin Abu Bakar.
4. Pengarah (Kejuruteraan Bioproses & Polimer), Dr. Yanti Maslina binti Dato’ Mohd Jusoh.
5. Pengarah (Kejuruteraan Tenaga), Dr. Hasrinah binti Hasbullah.
6. Pengarah (Kejuruteraan Kimia), Dr. Hajar binti Alias.
7. Pengarah (Kejuruteraan Petroleum), Prof. Madya Dr. Muhammad Noorul Anam bin Mohd Norddin.
8. Pengurus Akademik Pasca Siswazah, Prof. Madya Dr. Zurina binti Mohamad.
9. Pengurus Akademik Program Luar, Dr. Saharudin bin Haron.
10. Pengurus Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Norhaniza binti Yusof.
Setinggi-tinggi tahniah diatas lantikan tersebut dan selamat menjalankan amanah kepada semua pentadbir baharu yang dilantik.