Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5333720 | Management Office : +607-5333716 fcee@utm.my
Select Page
Tahniah diucapkan kepada Dr. Khairulnadzmi Jamaluddin dari Jabatan Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga bersama pasangan, Nur Fathin Wan Ab Malek (Guru Reka Bentuk Teknologi – SMK Taman Rinting 2) yang telah merangkul Naib Johan bagi Cabaran Pertanian Pintar Kategori Belia peringkat kebangsaan sempena Malaysia Techlympics yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Malaysia Techlympics yang telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2022 di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil merupakan satu inisiatif di bawah MOSTI yang berteraskan inovasi STEM berpandukan kepada The Sustainable Development Goals (SDG) dan juga MySTIE10x10. Inisiatif ini telah mengetengahkan inovasi anak-anak muda dalam bidang Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), robotik, pengkodan, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.