Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera
YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Saudara,
ANUGERAH MIKROBIOLOGI 2025 – TAHNIAH PROFESOR DR ROSLI BIN MD. ILLIAS
Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada PROFESOR DR. ROSLI BIN MD. ILLIAS atas penganugerahan sebagai penerima Anugerah Mikrobiologi 2025 daripada Malaysian Society for Microbiology (MSM)!
Pencapaian cemerlang ini adalah satu kebanggaan besar bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan khususnya Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT). Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi dalam bidang penyelidikan dan akademik.