Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera
YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Saudara,
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN JURUTERA PROFESIONAL (IR.)
Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Ir. Dr. Jamarosliza binti Jamaluddin di atas penganugerahan Jurutera Profesional (Ir.) oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau.
Semoga dengan kejayaan ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan penyelidikan di UTM dan FKT khususnya.