
Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera
YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Saudara,
TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA (GRED DS14)
Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Daniel Joe Dailin di atas Kenaikan Pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan (Gred DS13) ke jawatan Profesor Madya (Gred DS14) berkuat kuasa mulai 21 Januari 2025.
Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat beliau. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan penyelidikan di UTM, FKT khususnya.