Assalamualaikum Wrm. Wbt. dan Salam Sejahtera.
YBrs. Datuk/Prof./Prof. Madya/ Dr./Saudara,
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KENAIKA N PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA (GRED DS54)
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 2/2024 pada 18 Januari 2024 telah meluluskan kenaikan pangkat ke jawatan Prof. Madya (DS54) kepada Prof. Madya Dr. Hajar binti Alias, dari Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga berkuatkuasa mulai 21 Disember 2023.
Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat beliau. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di UTM, FKT khususnya.