Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera.
YBrs. Datuk/Prof./Prof. Madya/ Dr./Saudara,
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA (GRED DS54)
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 19/2023 pada 15 November 2023 telah meluluskan kenaikan pangkat ke jawatan Prof. Madya (DS54) kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani bte Hasham @ Hisam, dari Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Kejuruteraan Biopolimer, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga berkuatkuasa mulai 31 Oktober 2023.
Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat beliau. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di UTM, FKT khususnya.