Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi merakamkan pencapaian yang membanggakan dalam QS World University Ranking (QSWUR) by Subjects 2022 apabila mencatatkan kenaikan sebanyak 30 anak tangga dari kedudukan 104 ke-74 dalam bidang Engineering & Technology menerusi laporan yang diumumkan secara rasmi oleh QS Quacquarelli Symonds pada 6 April 2022.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail berkata, pencapaian tersebut adalah signifikan untuk UTM di mana selain Engineering & Technology, bidang Architecture/Built Environment dan Engineering – Civil & Structural unggul berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan universiti di Malaysia.
“Pencapaian ini adalah seiringan dengan visi dan misi UTM untuk menjadi universiti penyelidikan global yang tersohor dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi seperti digariskan dalam perancangan strategik enVision UTM 2025.”