Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.26/2017 pada 27 Disember 2017 telah meluluskan Kenaikan Pangkat dari Jawatan Pensyarah Kanan (Gred DS52) ke jawatan Profesor Madya (Gred DS54) berkuatkuasa mulai 22 November 2017 kepada dua orang staf Fakulti iaitu ;
1. Prof. Madya Dr. Mazura bt. Jusoh, staf Jabatan Kejuruteraan Kimia DAN
2. Prof. Madya Dr. Lau Woei Jhye, dari Jabatan Kejuruteraan Tenaga
Pihak Fakulti merakamkan ucapan tahniah di atas kenaikan pangkat ini, dan semoga ianya menjadi pemacu kecemerlangan yang seterusnya daripada mereka dan menjadi pemangkin semangat kepada staf akademik muda lain untuk berusaha lebih gigih memaju, menerus dan mempertingkatkan usaha mengapai kegemilangan kerjaya ke arah kecemerlangan akademik di Universiti dan fakulti khasnya.
Tahniah diucapkan sekali lagi.