Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5533499 fcee@utm.my
Select Page

Alumni Testimonial

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar di luar sana yang masih tercari-cari hala tuju
masa depan.

Kepada sesiapa yang inginkan peluang dan cabaran kerjaya yg meliputi pasaran tempatan dan antarabangsa, “Oil and Gas Industry” adalah bidang yang perlu diceburi dan Kejuruteraan Petroleum yang ditawarkan oleh UTM adalah pilihan yang tepat untuk anda bermula. Dengan tenaga pengajar yang sangat berpengalaman (Jabatan Kejuruteraan Petroleum UTM ditubuhkan pada tahun 1975), ianya banyak membantu saya dalam memahami semua sukatan pelajaran dengan mudah dan saya berjaya menamatkan ijazah saya dalam masa yang ditetapkan dengan gred Kelas Kedua Tinggi. Alhamdulillah saya dianugerahkan Anugerah Mahasiswa Berpotensi diperingkat universiti.

Sepanjang lima tahun mengikuti kursus ini, saya cukup terdedah dengan industri luar yang mana secara aktif terlibat dengan hampir semua aktiviti berpersatuan (lawatan dalam dan luar negara, Simposium,Seminar, Career Fair, dll) dan secara tidak langsung ia menjana peluang pekerjaan yang terbuka luas buat saya. Program-program yang melibatkan bekas-bekas pelajar juga turut memperhebatkan lagi hubungan saya dengan industri luar dan ia bermula sejak saya di tahun pertama pengajian lagi. Didalam kesibukan saya menjalani kursus ini, saya turut terlibat secara aktif dengan PALAPES DARAT (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) dengan menjawat jawatan Leftenan Muda, mewakili universiti untuk beberapa acara sukan di peringkat antara universiti, menjawat jawatan pembantu warden diperingkat kolej dan Ketua Unit Lawatan bagi SPE-UTM (Society of Petroleum Engineer).

Alhamdulillah, 8 bulan sebelum saya menamatkan pengajian, saya ditawarkan jawatan jurutera lapangan oleh sebuah syarikat multinasional (Schlumberger) yang beroperasi serata dunia . Tidak terkecuali, kesemua rakan sekelas saya turut mendapat tawaran kerja yang selari dengan bidang kejuruteraan petroleum. Suka saya jelaskan disini bahawa pendapatan yang dijana dalam bidang ini jauh lebih tinggi jika dibanding dengan bidang lain seperti di sektor perkilangan/pembuatan dsb. Di Schlumberger, saya mula ditugaskan di China, seterusnya di Sudan, Malaysia, France, Cameroon, Nigeria dan Equatorial Guinea. Setelah 4 tahun berkhidmat, saya ditawarkan jawatan Pengurus bagi negara Cameroon & Equatorial Guinea di benua Afrika. Saya berbangga diberi peluang untuk berkongsi perjalanan pengajian dan kerjaya saya disini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar Jabatan Kejuruteraan Petroleum UTM atas segala ilmu yang dicurahkan.

Sheik Saiful Azri B. Abd Kadir
(tamat pengajian di UTM tahun 2005)
Field Services Manager
Schlumberger Completions System,
Cameroon & Equatorial Guinea.