Polisi Kualiti
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga komited dan bertanggungjawab untuk memastikan urusan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek pengurusan akademik dan penyelidikan, pengurusan sumber dan rekabentuk dan pembangunan kurikulum dapat dijalankan melalui Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan serta ditingkatkan secara berterusan, seiring dengan visi dan misi UTM ke arah kecemerlangan.
Ianya boleh tercapai dengan adanya penglibatan staf yang beriltizam tinggi yang memenuhi keperluan pelanggan.
FKT juga akan menyediakan rangka kerja bagi menilai dan memantapkan objektif kualiti yang dapat disebar serta difahami oleh warga fakulti dan disemak untuk memastikan kesesuaiannya berterusan