Academic Office : +607-5335908 | Email : academic-fcee@utm.my | Administration Office : +607-5533499 fcee@utm.my
Select Page
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM

22/10/2018 - 23/10/2018

Assalammualaikum wrh. wbt. & Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Prof / Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan Tinggi) akan berlangsung pada 22-23 Oktober 2018 (UTM Johor Bahru) & 25 Oktober 2018 (UTM Kuala Lumpur). Audit ini sangat penting bagi memastikan UTM kekal dengan Status Swaakreditasi.
Sedia maklum, UTM telah memperolehi penganugerahan Status Swaakreditasi daripada MQA pada 29 Mac 2013 melalui surat MQA pada 9 April 2013. Untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada keputusan audit penilaian semula institusi UTM oleh pihak MQA yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun dan penilaian audit kepada UTM akan berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2018.
Sehubungan dengan itu, selaku urusetia, UTM QRiM amat berbesar hati menjemput SEMUA pihak Pengurusan Fakulti / PTJ memberi tumpuan, sokongan dan penglibatan sepenuhnya kepada audit ini. Khususnya mereka yang berkaitan dengan pengurusan Akademik & Kualiti (UG & PG) di UTM serta Fakulti/PTJ yang terlibat dengan Penulisan Dokumen COPIA MQA -03 (P) – Portfolio Penilaian Kendiri untuk hadir pada sesi Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM ini.
Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan proses Audit Pengekalan Status Swaakreditasi ini berjalan lancar agar UTM berjaya mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI.
“Bersama UTM Menuju Kejayaan Pengekalan Status Swaakreditasi’

Details

Start:
22/10/2018
End:
23/10/2018